HADIAHKAN DOA MUNAJAT 

&

 TAHLIL KEPADA ARWAH INSAN TERSAYANG 


Apabila matinya anak adam itu,  maka terputuslah segala pahala amalannya melainkan tiga perkara iaitu:


 1. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan kepada orang lain 

 2. Sedekah jariah 

 3. Doa anaknya yang soleh 


Adakah amalan menghadiah bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Munajat itu sampai niat dan pahalanya kepada arwah?


Jawapan:

Dalam satu Hadith sahih disebutkan bahawa:

عَنْ أبِى هُرَيْرَة أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أووَلَ   صَالِحٍ يَدْعُولَهُ

          Maksudnya:

“Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah amalnya kecuali tiga hal, sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Oleh sebab itu setiap muslim berkewajipan untuk mendidik anak-anaknya supaya menjadi anak yang soleh agar mereka akan senantiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan kedua ibu bapa setelah mati kelak.

Segala doa ikhlas yang datangnya dari orang lain juga sampai kepada simati sekiranya doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

Hadith Riwayat Abu Dawud yang berbunyi:

استغفروا لأخيكم واسألوا له التثبيت، فإنه الآن يسأل

Maksudnya:

“Minta ampunlah bagi saudara kamu dan pohonlah supaya ia tetap pendirian kerana sekarang ia sedang disoal (dalam kubur).”




 “Ya Allah, rindunya pada ayah, rindunya pada ibu…” 
Mari sama-sama kita perbanyakkan amal kebajikan dan sedekah dan niatkanlah atas nama mereka.

Sehubungan itu dengan rendah hati kami ingin mengajak muslimin dan muslimat sekalian untuk kita sama-sama seikhlaskan hati menghadiahkan bacaan doa munajat serta tahlil untuk arwah ahli keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita, mudahan dapat membantu mereka di alam sana.

Bukan hanya kiriman doa malah dapat juga memupuk amalan bersedekah dikalangan kita.Bersedekahlah, dan diniatkan atas nama mereka (Arwah ahli keluarga). Mudahan diterima oleh Allah SWT. Amin


 Penyertaan dan sedekah ikhlas “Bacaan Doa Munajat serta tahlil” daripada saudara dan saudari sekalian akan kami sumbangkan dan salurkan sebahagiannya untuk membantu kebajikan anak-anak Tahfiz dari AKADEMI DARUL SALAM dan juga kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk membantu menampung kehidupan seharian mereka. 


MyDoa Munajat & Tahlil Mingguan

Tarikh: Setiap Hari Jumaat
Masa: 10.00 pagi
Tempat: LIVE di  FB page Ismail Sajiman 

Muslimin muslimat dijemput menyertai Majlis Bacaan doa Munajat & Tahlil secara maya


 Mohon tuan/puan isikan borang dibawah dengan nama arwah selengkapnya untuk dibacakan semasa majlis tahlil nanti 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
MYTahlil - Penyertaan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG



Maklumat Organisasi

AKADEMI DARUL SALAM
akademidarulsalam@gmail.com
+60182261642